love my family

love my family

Wednesday, 8 June 2011

khidupan baru..~

as salamualaikum semua pembaca blog smua..rasenye da lme sgt sy xmencoretkan sesuatu didalm blog sy ni..kali ni aku nak berceita sedikit tentang kdidupan aku yang baru..huhu..jgn salah sgke plk..khidupan baru yang aku maksudkan ini adalah alam prktikal yg sedg aku jalani pada masa ini sampai lah bulan 9 nti..alhmdulillah pertama sekali aku nk ucp trima ksih kpd syarikat tebrau teguh kerana telah menerima aku prktikal di sini..semua staf-staf  syarikat ini semua baik2 belaka..xde yg sombong..
keduanye aku disini aku cbe mengubah corak tdur ku yang xmenentu..kdg2 rase terlalu mngantuk sgt ble duk dlam ofice ni..mcm xde kje sgt..tp kalau da ade kje ade je benda yang nk dibuatnye..dan kdang-kdg rse terlalu pnt sgt.tp aku cube untuk menjadi seorg pekerja yang baik. ya allah aku memohon kepada mu ya allah agar ak dilindungidari segale bencana..ya allah aku mohon agar aku diberi kekuatan menmpuhi  segala dugaan Mu ya allah..aku rase diri ini terlalu kerdil  padamu..
ketiganya ak nk ceritakan serba sedikit tentang kerja yang aku buat kt syarikat ini..mcm2 yang ak pelajari..position ku disini adalah sebagai property division iaitu project executive..tugas aku disini kalau dilihat sungguh bert,tp kerja ni seng je sebenrny  cme kne bnyk lg belajar,,,dan trus belajar...//

Friday, 20 May 2011

kau kawan, sahabat dan teman..


teman yang baik adalah umpama hujan, yang menyejukkan mentari yang menghangatkan, cahaya yang menutupi kegelapan, dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan, dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi, bukan hanya cinta, bukan sekadar sayang, kita semua bersama, atas dasar keikhlasan dan kejujuran, yang hadir dalam diri kita, mungkinkah setiap insan, yang bersama kita itu, ikhlas dan jujur pada persahabatan, bukan mudah untuk mencari teman yang baik, kadang-kala ia sudah berada dihadapan mata, tatkala persepsi kita sahaja, membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari, kadang-kala jua, teman yang baik, berasal daripada seorang insan, yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan, membuatkan dirinya, kembali ke landasan yang betul, kerana dia tersedar daripada khayalan diri, yang diselubungi syaitan dan nafsu, keikhlasan dan kejujuran, tidak boleh diukur, kerana ia tersimpan didalam hati, yang sukar dijangka dan diketahui, oleh orang lain.

apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah, untuk dilihat melalui pandangan mata, semua hanya mampu dinilai, oleh pandangan hati yang telus, niatkan diri kita, sebelum berteman, kerana ia adalah permulaan, kepada ukhwah yang sejati, berdoalah kepada allah, agar dipertemukan, sebuah persahabatan, yang akan memanfaatkan diri, yang akan meninggalkan, memori silam, yang bakal menghasilkan, kebahagiaan yang kekal, jangan terlalu memilih, kerana mungkin, disebalik pasir itu, ada mutiara, jangan pula terlalu membuka hati kita, menerima semua untuk menemani kita, masakan disebalik madu itu ada racun, hati yang telus, bila termakan racun, tatkala menaruh madu, kelak hati itu, akan tertutup untuk menerima orang lain, itulah kekecewaan, yang melukakan dan sukar dirawat, hargailah setiap insan, yang menerima diri kita, walau apa jua keadaan, belajarlah untuk menerima teman, yang memperbaiki kita, belajarlah juga, bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita, jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan allah, berkata-kata baik, berbudi bahasa sesama teman, kelak nanti ia akan menguntungkan kita, jika ada kesalahan, maafkanlah, jika ada kelemahan, perbaikilah, jika ada kebaikan padanya, contohi dia, marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan, terimalah kehadirannya dengan hati yang terbuka, pandangan mata dan impresi awal sering menilai orang lain sebelum menerima mereka, oleh itu berwaspadalah dan berdoalah kepada-Nya agar ikatan yang terbina itu akan kekal, hanya allah yang tahu pengakhirannya, hanya Dialah yang tahu siapa yang layak bersama kita, biarlah kita berteman ramai kerana dalam ramai-ramai itu mungkin ada yang baik untuk kita....

Thursday, 5 May 2011

hari yang cukup indah...

salam kpd semua...

hari ni adalah hari yang membuatkan aku rasa gembira sangat. dikejauhan rindu itu telah membuatkn aku lega dan lepas rindu kepada orang yang aku sayang..thank my mom..pengubat rindu...dapat berwebcam dengan bonda ku..abah pon tengok aku sekali..diorang cakap muke aku makin cengkung>wow..heheh..krus la plk..tp mybe tu pndangan dalam cam..xpelah..hehehe.

hari ni juga aku rasa happy sebab orang tersayang suruh balik sebab ade date untuk majlis dinner dia nanti..aku kenelah jadi partner dia..nasib baik lah tarikh tu bukan time exam..boleh lah aku teman dia..tp xtaulah nk pakai bju ape..xpenah lagi pergi dinner dengan dia..ni pergi pon sebab tempat dia ada buat majlis..gembira sangat..lepas je dia kata camtu, aku ape lagi terus je kemaskan baju2 dalam beg n kemaskan sekali baju2 yang nak bawak balik kerumah..almaklumlah da sme akhir,,kne bwak blik semua bju2 ni..

hati riang xterkata, study pon tenang..tp asyik pikir nak balik je..9hb malam aku balik ke jb..mudah-mudahan perjalann aku smpai dengan selamatnya..insyallah,amin..





Wednesday, 4 May 2011

....makan oh makan...

salam semua kpd yang membce..

   arini saya  rasa kenyag yang teramat sangat..tau x sebab apa,,asyik duk melantak makan je arini..satu je sebab yang membuatkn aku melantak makanan bnyak2 cmni..huhuhu..kalau aku stress macam ni la jadinya..semua benda aku nak makan..nasib baik xleh makan orang..hehe..kalau x dengan orang-orang aku makan. hihi.,,arini aku makan nasi ayam,makan keropok lekor, makan meruku, roti,kuih yang kawan aku bawak dari kelantan..ntahlah kuih ape..tp mmg sedap..abis aku makanlah..wow..ade lagi satu favourite aku yang kawan aku bawakan dari kelantan..tau x ape dia..hehe..jeng..jeng...'BUDU'..huhu..kalau ade budu lagilah aku makan banyak..lagi2 nasi kerabu yang aku melantak nanti..

malahan sikap aku ni jenis suke mengoyah makanan ringan kalau time nak study ni..contoh mcm kerepek, muruku n keropok pape je aku makan..kalau da mkan susah tau nak berhenti..kadg2 smpai abis keropok dalam mase 1 jam..tp stdy xabis2 jugak..hehehe..rasanya malam ni aku perlu tido awl..kesian badan aku ni asyik tdo lewat je sekarang..mesti badan ni letih..kalau dia boleh ckp mesti badan ni da cakap yang dia letih....                              


ni makanan favourite saya..hehehe..


                          budu dari kelantan....







                               keropok lekor dari kelantan..







Tuesday, 3 May 2011

kasih abah dan bonda yang ku rindu selalu..

setiap hari tidak pernh ku lupe akn kedua ibu bapa ku ini..malahan setiap solat ku akn ku hadiahkn doa kepada mereka..wajahmu sentiasa bermain dimata..hampir 3 bulan xbersua mereka, rindu akan masakan bonda dan abah..dan mereka juga rindu akan masakan ku..kurindukan kemanjaan bersama mereka..sudah lame diri ini hauskn keceriaan dan kasih syg itu..xsbar rasanye bertemu dengan mereka..

hari-hari yang kulalui disini penuh dengan dugaan yang mematangkn kehidupnku..mak..abah,,tme ksih bnyk sebb didik akk smpai ke tahap ni..insyallah akk jnji akk akn cbe ubh nsib keluarga kite. akk akn cbe mkbulkn impian bonda..akk nk bonda n abh akn lbh gembira ble akk berjaya.. 

                                         
                                            pic me with my mom..rindu sangat2...





                                           gambr abah dan bonda masa muda-muda...(dulu-dulu)

                     
                                       

~~memory cinta semalam~~

serba sedikit yang ingin aku luahkn tentang hari semalam...gembira hati ditemani seorang sahabat pada hari smlam..modd study tenang sgt..namun xlame ak menelaah buku2 itu..tibe2 aku membuka cerita2 yang belum aku sempat menonton di laptop ku ini...rase tertarik hati untuk aku melihat satu cerita ini..tajuknya 'kau laksana Bulan'..pada mulenye aku seperti biase xde ape yang best tentng cerita ini..namun tekaan aku salah sekali..semakin ku mngayati jalan cerita ini semakin mendalam perasaan hati ini dibuai mimpi semalam yang telah pergi  buat selama-lamanya...mengisahkan seorang wanita yang cantik yang bernama Adriana dengan pangilan watak ana membuatkan ak terpesona melihat senyuman yang mnis dan sopan sekali,bertudung, yang msih belajar dan menulis novel di waktu masa lapangnye..

cerita ini membuatkan ak teringat tentang kisah dan perjalann hidup ak. cinta pertama yang berputik sejak di sekolah menengah dimana ak berkenalan dengannya dan perhubungan ini hanya mampu bertahan hampir 4 tahun sebelum aku melangkah ke UUM.aku sendiri tidak tahu kenapa dan bagaimana aku boleh buat keptusan untuk memutuskan perhubungan dengannye,,ya Allah adakah aku yang slah?? adakah aku tidak tau menghargai dia.? atau mungkin aku belum bersedia dan matang dalam mengenali cinta itu???atau ianya sebagai cinta monyet?.semua itu bermain di benak fikiran ku pada saat aku melihat cerita itu..aku juga berasa salah seperti dalam watak ana dimana dia juga telah dikecewakan oleh seorang lelaki. 


cinta ke dua berputik selepas sahaja aku berkawan dengan seorang lelaki yang sama tempat aku bekerja..waktu itu ak hanya bekerja sementara di sebuah kilang sementara menanti keptusan STPM..dia datang saat perhubungan aku dan si A hampir retak..namun si B telah berjaya menambat hati aku.namun segalanye juga tidak menjadi..perhubungan kiteorg juga tidak lame kerana aku tidak ada keserasian dengannya..sikapnye yang suka meninggikan suara dan panas barannya itu membuatkn aku merasa benci dengannya..pernah dia tidak bertanyakn khabar langsung tentang diriku..katanye sibuk dngan kerja..tp itu smuanya hanya alasan semata2..aku tidak percaya..seminggu aku menangis dan fikiran ku bercelaru memkirkan hal itu..akhirnya hati aku betul2 sudah tawar..tidak ade langsung perasaan kasih dn sayang  pada dia lagi..semua itu telah aku buang nya jauh2 dari dasar hati ini...walaupun dia cube memjuk aku kembali, namun hati ini tidak langsung untuk kembali kepdanya...

enam bulan mase berlalu,,aku 'single'. itulah status aku.hdp aku kembali tenang bersama kwn2 yang sentiase membuatkn aku rasa happy disini.. aku mule mengexlpore page yang popular yang biase orang buke..tidak lain tidak bukan ialah 'friendster, facebook, dan tagged' .  dari situ aku megenali seorang lelaki..kami hanya berkawan biase dan xpernah dihati ini terlintas untuk mencari pengganti pada waktu itu. nth mengapa aku rase serasi berkawan dengannya. dia slalu mensihati ku tntang bnyak perkara..aku rse suke sgt.. dia cube untuk meraptkn perhubungan kami..dia mahu megenali aku dengan lebih dekat lagi..dlam bulan itu, cuti sem pon bermule... aku memberitahunya untuk pulang ke kampung halamn ku di johor bahru.. tibe2 dia mngajak ku untuk berjumpe dan ingin bertandang ke rumah ku  untuk jumpe kedua ibu bapa ku..hungan mak abah dan  dia ceria dan mak abah suke akan dia..aku mengucap syukur dan berharap dia lah yang terbaik antara orang yang pernah aku kenali.. aku juga berharp dia lah sebagai imam ku nt utk ak dan anak serta bakal fmly yang bakal  ku bine nt. ya Allah ku berharap jika hati aku untuk dia tetapknlah pilihan hati ku ini, satukanlah hati kami dna janglah engkau pesongkan kami dari segala keburukan..lindungilah kami dari segala keburukan..

aku dah padam memory cinta lame itu..dan telah lama di dasar lautan mati..ya Allah maafkn diriku jika ak pernah memainkan perasaan atau mmberi harapan pada seseorang..ak sedar kebahgiaan itu pasti jika kite bersabar..dan yang pasti adalah kekuasaan Mu Ya Allah..engkau mampu mengubah segalnye..aku tau ak tidak perlu mengharap sesuatu yang belum pasti ianya milik kite..tapi aku sebagai hambaMu mampu merancang segalenye..dan segalnye telah direncanakan mengikut ketetapan Mu ya Allah..percintaan itu adlah anugrah Mu..perasaan yang suci dan ianya perlu disulami benih ksih dan syg mngikut ketetapnMu..insyallah akn ku hiasi ukhuwah iktan suci ini dngan sebaiknye tanpe sedikit calar hitam yang boleh mencmarkn akhlak yng indah..insyallah amin...aku rse ckup smpai disini untuk aku luahkn bersme kalian..salam ksih dan syg pd smua yg mmbce... 

                                       
  
             sy stse mengalunkn ayat quran setiap slpas solat..stse igt pesnn dr dia..